[VIDEO] Ramai Tak Tahu Kenapa Lantai Rumah Kampung Berlubang, Katanya Untuk Mandi Mayat?

Entertainment
25 Oct 2022 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai di antara kita yang tak dapat merasa suasana menetap di rumah kampung. Kalau yang sempat merasa suasana tu anda sangat beruntung. Tapi korang pernah perasan tak ada bahagian lantai yang lain sikit dari yang lain?

Kalau korang perasan, ada papan lantai yang akan disusun sedikit renggang berbanding yang lain. Dikatakan ini untuk membolehkan anak-anak membuang air kecil pada waktu malam jika mereka berasa takut untuk ke tandas yang kebiasaannya berada di luar rumah.

image is not available

Bagaimanapun baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok yang menerangkan tentang penggunaan lubang pada lantai rumah tersebut. Video berdurasi 1 minit 21 saat itu telah dikongsikan oleh pengguna bernama tenanghomes.

Menerusi perkongsian dalam video tersebut, difahamkan tujuan utama papan lantai disusun dengan aturan itu adalah untuk memandikan mayat. Lubang itu bertujuan untuk memudahkan laluan air dari atas rumah ke bawah agar air mandian tidak bertakung di atas.

“Biasanya rumah dulu-dulu ada satu lagi bahagian rumah mana lantai ini selang dia lebih besar daripada lain-lain biasanya dua atau tiga lantai ini selang dia lebih besar.”

“Pada masa yang sama juga, ruangan yang lebih pada lantai ini sebenarnya bagi tujuan untuk mandi mayat. Haa tu dia biasanya mayat akan dimandikan di dalam rumah dan air akan dialirkan melalui pembukaan seperti ini, itu sebabnya kebanyakan rumah memang ada lantai yang diselang lebih besar,” katanya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kisah kali pertama mereka tersedar kewujudan lubang pada lantai rumah nenek mereka dan pengalaman mereka apabila menggunakannya.

image is not available

image is not available

Namun, menurut satu ciapan di media sosial Twitter ada yang menyampaikan pesan orang tua-tua mengenai air mayat yang berjujuran ke bawah rumah itu jangan dibiarkan sehingga bertakung kerana takut ada yang datang hirup air tersebut. Scary betul min baca part ni…

image is not available

Apa pun, memang betul rumah tradisional ni sangat unik dan semua bilik di dalam rumah tersebut mempunyai kegunaannya sendiri…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.