Video Ranjang 20 Minit Mirip Penyanyi Lelaki Terkenal ‘Viral’, Didakwa Bertujuan Ugut Bekas Teman Wanita

LocalEntertainment
10 Feb 2026 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Media sosial hari ini kecoh susulan penularan satu video tidak senonoh yang didakwa mirip seorang penyanyi lelaki BBNU bersama seorang wanita di platform X.

Rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu dan empat video lain memaparkan seorang lelaki yang dikatakan menyerupai penyanyi terbabit dalam keadaan tidak berpakaian dan melakukan aksi tidak sopan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Advertisement

image is not available

Hasil pemerhatian  mendapati video berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna X sebelum diulang siar lebih 2,100 kali dalam tempoh singkat, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen.

Sebahagian netizen meluahkan rasa terkejut dan kecewa sekiranya dakwaan tersebut benar, manakala sebahagian lain mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan melulu tanpa pengesahan rasmi daripada pihak yang dikaitkan.

image is not available

Tinjauan di ruangan komen akaun media sosial penyanyi berkenaan juga menunjukkan ramai pengguna meninggalkan pelbagai reaksi serta desakan agar individu tersebut tampil memberi penjelasan bagi meredakan spekulasi.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan dan kesahihan video tersebut masih belum dapat dipastikan. Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan kandungan lucah kerana boleh membawa implikasi undang-undang, di samping menghormati privasi semua pihak sementara menunggu penjelasan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-09 11:29:03

Satu Keluarga 'Kantoi' Komplot Mencuri Di Butik Minyak Wangi - "Jenuh Zoom, Sekali Kenal Pulak"

The post Video Ranjang 20 Minit Mirip Penyanyi Lelaki Terkenal ‘Viral’, Didakwa Bertujuan Ugut Bekas Teman Wanita first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.