Tular Video Tak Senonoh Mirip Penyanyi Lelaki, Dakwa Tuan Badan Sendiri Jual Di Telegram?

EntertainmentLifestyle
10 Feb 2026 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dunia hiburan hari ini kecoh apabila tularnya video tidak senonoh mirip seorang penyanyi lelaki bersama bekas teman wanitanya.

Empat video yang keseluruhannya berdurasi hampir 20 minit itu mula tersebar setelah ramai netizen mendakwa lelaki dalam video tersebut itu seorang penyanyi yang pernah terpalit dengan kontroversi.

Artikel berkaitan: Tuan Rumah Lega Selepas Pihak Ketiga Bantu Selesaikan Tunggakan Sewa Rumah Penyanyi Legenda

Difahamkan dalam video tersebut, rupa lelaki yang dikatakan seorang penyanyi itu jelas kelihatan dan tidak dikaburkan. Lebih kecoh lagi, ada netizen mendakwa bahawa penyanyi itu sendiri yang merupakan dalang di sebalik penyebaran video tersebut.

image is not available

Dikatakan bahawa, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana cinta bertepuk sebelah tangan. Namun begitu, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan daripada tuan empunya badan.

Bahkan, penyanyi itu juga pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini setelah muzik video lagu popularnya itu pernah menjadi kritikan ramai kerana menyentuh sensitiviti agama Islam.

Sumber : mStar Online

Sumber: Gambar Hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.