[VIDEO] Rantai leher emas diragut ketika beli barang

25 Oct 2026 • 8:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Rantai leher emas diragut ketika beli barang

KLANG – Seorang lelaki berputih mata apabila rantai leher emas dipakainya diragut penunggang motosikal ketika berjalan kaki untuk membeli barangan di Taman Berkeley di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari apabila mangsa didatangi suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang.

Katanya, suspek kemudian menarik rantai leher emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Muhammad B. Ramli menerusi talian 012-939 2198 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memaparkan aksi ragut itu yang berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Rantai leher emas diragut ketika beli barang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved