
Acara sukan terulung, Olimpik Paris 2024 telahpun berlangsung sejak minggu lalu dengan penyertaan ribuan atlet daripada pelbagai negara termasuk Malaysia.
Sudah menjadi satu tradisi, acara sukan Olimpik pastinya mempunyai perarakan atlet dari pelbagai negara, persembahan pembukaan dan juga majlis penutup nanti.
Seperti setiap empat tahun, persembahan pembukan Olimpik pastinya antara yang menjadi tumpuan orang ramai, malah video terbabit juga akan disimpan di dalam akaun YouTube rasmi Olympic sebagai kenang-kenangan.
Terima banyak kecaman, video rasmi upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 dipadam
Bagaimanapun, video rasmi upacara pembukaan Paris 2024 telahpun dipadam dari akaun Olympics kerana mendapat terlalu banyak komen negatif.
Memetik Dailymail UK, para pengguna media sosial dilihat berkongsi tangkap layar yang menunjukkan video tersebut juga telah dihapuskan di semua akaun media sosial Olympics.
Tidak hanya itu, tayangan persembahan pembukaan itu juga tidak lagi kelihatan di saluran YouTube Olympics meskipun terdapat liputan tentang sukan sebelum dan selepas upacara terbabit.
Ini jelas berbeza memandangkan video pembukaan penuh upacara untuk London 2012, Rio 2016, Beijing 2022 dan bahkan Nagano 1998 semuanya masih tersedia sehingga kini.

Gimik pembukaan penuh kontroversi, tayang lelaki berpakaian wanita
Difahamkan, orang ramai menyelar gimik pembukaan yang menunjukkan persembahan Drag Queen iaitu lelaki berpakain wanita yang kononnya ingin menunjukkan nilai-nilai Perancis tentang kebebasan, persaudaraan dan kesaksamaan.
Tidak hanya itu, penganut agama Kristian juga turut mengecam penutup persembahan itu yang didakwa mencipta parodi ‘woke’ berhubung lukisan Leonardo da Vinci, The Last Supper yang dikaitkan dengan makan malam terakhir Jesus bersama sahabat-sahabatnya.
Malah, ada segelintir individu yang berpendapat video persembahaan pembukaan acara terbabit tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
The Olympics is making a mockery of Christianity. pic.twitter.com/iCbQk7gQIF
— The Kiffness (@TheKiffness) July 26, 2024
Upacara pembukaan diadakan di tempat terbuka dalam keadaan cuaca buruk
Selain itu, acara pembukaan terbabit juga digelar sebagai yang terburuk pernah diadakan penganjur Olimpik kerana ia berlangsung dalam keadaan hujan.
Para penonton mendakwa tidak disediakan tempat duduk berbumbung menyebabkan mereka terpaksa berdiri dalam keadaan kebasahan.
Pembukaan tirai acara itu juga dicemari oleh beberapa kesilapan, termasuk masalah dengan nama negara dan bendera Olimpik yang secara tidak sengaja dinaikkan terbalik.
Source:

