Video Raya FUJIFILM Tunjuk Maksud ‘Rumah’ Yang Sebenar

LocalEntertainment
27 Mar 2025 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, FUJIFILM telah melancarkan video pendek Raya bertajuk ‘Tersergam Indah Di Jiwa’ (A Home in Every Picture). Iklan raya yang dikeluarkan ni, memang lain dari yang lain!

Ia menceritakan kisah tentang Fara, gadis bandar yang terjumpa makna ‘rumah’ di tempat yang tak disangka-sangka.

Dengan kamera di tangan, dia rakamkan senyuman dan kehidupan komuniti di sebuah bandar kecil. Simple je, tapi dengan setiap klik, dia bukan je merakam kenangan, tapi juga membina hubungan yang bermakna dengan orang-orang di sana.

image is not available

Menurut Pengarah Urusan FUJIFILM (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Kensuke Aragane, fotografi bukan sekadar hobi, tapi satu kuasa yang boleh mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan.

Video Hari Raya tahun ini menggalakkan orang ramai bukan saja merakam detik indah, tapi juga menyebarkan kegembiraan dan mencipta hubungan lebih erat,” katanya.

Jadi, kalau nak rasa sendiri vibes ‘rumah’ dalam setiap memori yang dirakam, jangan lupa tonton ‘Tersergam Indah Di Jiwa’ di saluran YouTube rasmi FUJIFILM yang dah pun keluar pada 25 Mac 2025. Jom sambut Raya dengan penuh makna dan cipta lebih banyak kenangan bersama FUJIFILM!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.