
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menjelang Ramadan sudah tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu video resepi masakan oleh ‘content creator’ terkenal, Khairul Aming (KA).
Resepinya sentiasa mendapat perhatian kerana mudah diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati di pasaran. Namun, setiap tahun pasti ada peminat yang berkongsi pengalaman lucu gagal mengikut resepinya.
Trend ini kembali tular apabila ramai yang memuat naik hasil masakan yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan KA, mencetuskan gelak tawa orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati
Khairul Aming ‘Terdiam’ Lihat Konten Gagal Ikut Resepi
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@khairulaming) yang memaparkan satu klip masakan oleh peminatnya yang gagal menjadi sehingga hangit.
Video itu kemudian beralih kepada reaksi KA yang hanya duduk diam seribu bahasa kerana kehabisan tenaga melihat hasil masakan peminatnya.
Dia kemudian memainkan satu ceramah dari komputer ribanya yang mengandungi muzik sayu serta kata-kata tentang bagaimana Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan.
Aksi spontan itu menggambarkan perasaan ‘terbeban’ secara kelakar kerana setiap tahun, trend gagal ikut resepi KA terus berulang.
Besar ujian video masak tahun ni 😭
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terus Bergurau Lepas Lihat Khairul Aming Terdiam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata hanya seronok bergurau dengan situasi itu.



Ada pula pengguna TikTok yang mengubah slogan video KA dari “Hey What’s Up Guys” menjadi “Hey What’s Wrong Guys”.

Seorang lagi peminat menambah kemeriahan ruangan komen dengan berjenaka tentang isterinya.
“Sejak isteri saya tengok resepi KA, hari-hari dia ajak pergi bazar.”
Konon isterinya akan pandai memasak selepas menonton video resepi-resepi KA, tetapi sudahnya hanya ke bazar juga.

Penat, Tapi Khairul Aming Sebenarnya Terhibur
Dalam satu perkongsian lain di TikTok (@khairulamingfans_), KA sendiri mengakui dia sebenarnya terhibur dengan kerenah orang ramai yang gagal meniru resepinya.
“Sepanjang lapan tahun buat video masak, aku rasa tahun ni paling menghiburkan dan tengok gelagat sorang-sorang masuk dapur dan memasak. Ada orang tanya tahun ni paling ramai ke orang buat (ikut resepi) tak jadi?
“Tak, sebenarnya ramai buat menjadi sebab beribu-ribu orang yang mencuba. Cuma yang tak jadi tu lah yang masuk FYP (For You Page) sebab banyak engagement. Orang tanya kenapa hangus, kenapa pecah, kenapa bocor?” kata usahawan itu.
Menurutnya, segala proses dalam kegagalan mengikuti resepinya adalah perkara normal. Dia beranggapan itu semua hanyalah langkah-langkah permulaan dalam mempelajari cara memasak.
“Itu semua permulaan yang bagus, teruskan. Kalau gagal pun awak post sahaja. Saya ‘repost’ juga nanti.
“Kita nak bagi penghargaan kepada orang yang cuba masak resepi yang kami kongsi. Apa yang penting dan paling saya merayu, janganlah derhaka resepi,” katanya dalam nada gurau.
Jangan takut untuk cuba guys! Cooking is funnn seriously 🥳 Video korang try resipi KA tu boleh tag/mention admin, nanti admin repost okay!! @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #ramadhan #sahur #iftar #30hari30resepi #sayabuattakjadi #resepikhairulaming
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: “Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Buat Streak Dah Kenapa” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Cuba Buat Resepi Khairul Aming Tapi Gagal
Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!

![“Undercover Ke” – Ramai Terhibur Lihat Wanita Disakat Gelandangan, Siap Usik Nak Melamar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)


![Imam Di AS Curi Tumpuan, Ajak Jemaah Buat Push-Up Selepas Solat Tarawih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)