[VIDEO] Remaja Buli Warga Emas Dalam Lif, Tak Lama Kemudian Dapat ‘Balasan’ Setimpal

Entertainment
13 Jul 2022 • 6:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan remaja nak ‘tunjuk hebat’ mengundang padah setelah dia menerima balasan setimpal kerana hilangnya adab terhadap orang tua.

Perbuatan itu dapat dilihat menerusi satu rakaman CCTV yang berlaku di Taiwan di mana ada remaja membuli warga emas di dalam lift.

Buli sebab nak tunjuk hebat

Menurut sumber, kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah spa, apabila seorang lelaki warga emas yang mahu meninggalkan tempat tersebut telah masuk ke dalam lif dan menutup pintu.

Namun tanpa disedari seorang pemuda bersama rakannya cuba nak masuk juga, jadi pemuda tersebut macam tersepit sikit sebelum pintu terbuka semula.

image is not available

Bengang dengan tindakan orang tua tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Hu memarahi dan mengugut untuk pukul lelaki tersebut, tetapi lelaki tua itu kelihatan begitu tenang dan minta maaf pemuda berulang kali.

Dalam situasi tegang itu, rakannya hanya melihat tanpa membantu orang tua tersebut sebelum pintu terbuka dan pemuda bersama rakannya itu keluar.

image is not available

Selepas beberapa saat, lelaki tua itu pula keluar tetapi pemuda tersebut masih tak puas hati dan terus bersemuka dengan lelaki tua tersebut.

Dia menghalang laluan warga emas tersebut yang cuba ingin meninggalkan tempat itu, dia ditolak semula ke lobi dan pemuda tersebut terus mengugutnya.

image is not available

Tak lama kemudian, ada beberapa orang lelaki keluar daripada lif dan terus lindungi lelaki tua itu. Difahamkan, lelaki yang menyerang pemuda itu merupakan kenalan orang tua tersebut. Dia hubungi rakan-rakannya untuk turun dan backup dirinya. Ramai netizen rasa puas hati apabila menontonnya.

 

Ingat boleh buli orang tua tu, padan muka – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ni la orang cakap, jangan kejut harimau yang tengah tidur.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.