
Gangguan bunyi bising pada waktu malam di Kuching
[VIDEO] Rempit Buat Kecoh Tengah Malam Di Rantau Panjang Undang Amarah Netizen. Satu hantaran tular di media sosial telah menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna melahirkan rasa tidak puas hati mengenai gangguan bunyi bising yang berlaku pada waktu lewat malam di kawasan Riverbank Rantau Panjang, Kuching, Sarawak.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, pengadu menyuarakan kebimbangannya terhadap gangguan bunyi bising yang sering berlaku pada waktu lewat malam, sekitar pukul 1:40 pagi.

Difahamkan, beberapa buah motosikal atau sekumpulan rempit sedang berbuat bising di kawasan tersebut. Keadaan ini telah mengganggu ketenteraman penduduk setempat yang ingin berehat dan tidur.
Masalah pencemaran bunyi ini telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Gangguan bunyi pada waktu rehat seperti ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan produktiviti harian penduduk setempat.
@k.t_screen #pdrm ♬ original sound – ₭∈ÑÑ∈DŸ TíÅÑ
Baca juga artikel berkaitan rempit buat kecoh di Sarawak:
Didenda Ketuk Ketampi, Sekumpulan Rempit Jalan FAC Matang Tular Di Tiktok
Angkut Motor Masuk Tandas Awam, Geng Rempit Buat Kecoh Di Bintulu Undang Kemarahan Netizen

