[VIDEO] Ribut kuat, terbalik semua khemah peniaga di Elmina

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ribut kuat, terbalik semua khemah peniaga di Elmina

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta angin kencang dan ribut menyebabkan khemah peniaga di kawasan Elmina, Shah Alam, terbalik dan mengalami kerosakan sekali gus menjejaskan operasi mereka pada hari terakhir berniaga.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang peniaga dengan akaun @thecarderk.my memohon orang ramai mendoakan urusan vendor yang terjejas, terutama mereka yang menyertai jualan pesta makanan Cappybara Fest di lokasi berkenaan.

“Doakan urusan vendor-vendor Cappybara di Elmina dipermudah urusan. Hari terakhir ya Allah,” katanya.

Seorang lagi peniaga @s4msharif juga berkongsi situasi yang berlaku dan menyifatkan kejadian itu sebagai dugaan pada hari terakhir berniaga.

“Dugaan hari terakhir berniaga di Elmina. Oh rojak buah ku!,” tulisnya.

Kumpulan peniaga terlibat turut memuat naik rakaman memaparkan situasi di tapak berniaga di mana kebanyakan khemah telah rosak selain barangan jualan berselerak di atas jalan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan 23 kawasan di seluruh negara yang dijangka mengalami cuaca buruk sehingga pukul 6 petang ini.

Antara kawasan terlibat adalah seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ribut kuat, terbalik semua khemah peniaga di Elmina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved