Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.25 petang, amaran sehingga jam 9 malam melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Manjung.

“Bagi Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang, manakala Terengganu dan Pahang turut dijangka mengalami cuaca buruk.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang, selain seluruh Kuala Lumpur.

“Bagi Negeri Sembilan, amaran sehingga jam 9 malam melibatkan Jelebu dan Jempol, manakala Johor pula membabitkan Mersing dan Segamat.

“Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah dan Dalat, Tatau dan Sebauh, Sibu, Song, Belaga, Kapit, Limbang, Marudi, Beluru, Julau, Pakan serta Betong,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Kuala Pilah dan Tampin.

Bagi Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Membakut, Beaufort, Sipitang, Tenom, Sook, Keningau, Tambunan dan Kuala Penyu serta kawasan Pantai Barat membabitkan Papar dan Penampang.

Wilayah Persekutuan Labuan turut termasuk dalam amaran berkenaan.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved