(VIDEO) Sakan Menari Lagu TikTok, Wanita Sempat Ikut ‘Trend’ Sambil Beribadah Di Mekah

30 Jun 2023 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibadah haji merupakan salah satu ibadah dari 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan.

Bagaimanapun, tular di aplikasi TikTok baru-baru ini video memaparkan seorang wanita memakai jubah dan purdah berwarna hitam bertindak menari ketika berada di Tanah Suci.

Menerusi video tersebut, wanita itu melakukan trend tarian lagu nyanyian penyanyi antarabangsa, Mae Stephens bertajuk If We Ever Broke Up.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut melakukan tarian tersebut di tengah-tengah jalan sehingga menghalang dan berlanggar dengan jemaah lain.

Malah, wanita itu seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut dan meneruskan tariannya sehingga habis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah mengecam tindakan wanita tersebut kerana tidak menghormati kesucian tanah Makkah.

Dalam pada itu, ramai juga yang turut menasihati wanita berkenaan untuk memperbetulkan semula niatnya mengerjakan ibadah haji.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Sorang Wakilkan 2 - 3 Nama" - Lelaki Dedah Rupanya Ramai Kena 'Scam' Dengan Agen Badal Haji