Wanita Berniqab Ligat Menari Di Tanah Suci Cetus Kemarahan Netizen

30 Jun 2023 • 5:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita berniqab selamba menari di Makkah telah mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita tersebut dilihat memakai jubah hitam sambil berniqab sedang membuat konten di tengah-tengah jalan sehingga menganggu pejalan kaki yang lain.

Walaupun sedar melanggar pejalan kaki yang lain, wanita tersebut tetap meneruskan tariannya tanpa menghiraukan orang lain yang melalui kawasan tersebut.

image is not available

Netizen marah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan memalukan wanita tersebut yang dianggap tidak menghormati keberadaannya di tanah suci Makkah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ramai menitipkan nasihat

Bukan itu sahaja, disebalik kritikan yang dilemparkan oleh orang ramai, ada juga segelintir netizen menitipkan nasihat buat wanita tersebut untuk menjaga nama baik sebagai seorang yang beragama Islam.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Athalia Aubry