[VIDEO] Satu lagi video didakwa ‘pengundi hantu’ tersebar

Politics
14 Jan 2023 • 4:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Satu lagi video didakwa pengundi hantu tersebar.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang sedang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini terus panas dengan dakwaan wujudnya ‘pengundi hantu’ bagi menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu berada di dalam sebuah bilik tertutup dipercayai bagi mendengar taklimat.

Menerusi keterangan pada video berdurasi 40 saat yang tidak didedahkan identitinya, kumpulan individu itu didakwa sebagai pengkhianat parti yang sebenar.

"Sah pengundi hantu dibawa masuk. Inilah sebenarnya pengkhianat sebenar kepada sistem demokrasi parti siasah terbesar Melayu.

“Menggunakan taktik kotor pengundi hantu dan sorak liar untuk menafikan hak ahli UMNO seluruh negara memelihara Presiden dan Timbalan Presidennya,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memuat naik video sama di akaun Instagramnya.

Beberapa jam sebelum itu, Khairy Jamaluddin turut berkongsi sebuah rakaman video di akaun Tik Toknya yang mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.

Jelas Khairy, dakwaan itu bersandarkan 'tag’ atau penanda kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah ditanggalkan.

Isu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved