[VIDEO] 'Saya masih Izzah yang sama seperti 1998'

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] 'Saya masih Izzah yang sama seperti 1998'
Image from: [VIDEO] 'Saya masih Izzah yang sama seperti 1998'
Nurul Izzah ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh pada Ahad. Foto Bernama

AYER KEROH - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau masih membawa semangat perjuangan yang sama seperti ketika gerakan reformasi bermula pada 1998.

Nurul Izzah berkata, meskipun selepas ini beliau akan memikul amanah melalui ruang yang berbeza, matlamatnya untuk memperkukuh institusi, memelihara maruah serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tetap sama.

“PKR akan terus memikul amanah. Saya juga akan terus memikul amanah melalui ruang yang berbeza, tetapi saya akan bergerak seiring dengan tujuan yang sama.

“Nak memperkukuh institusi, memelihara maruah, membuka peluang kepada ramai rakyat dan membantu membina Malaysia yang lebih adil,” katanya ketika ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini pada Ahad.

Menurutnya, sejarah perjuangan bersama anggota PKR menjadi antara perkara paling penting yang membentuk dirinya sejak 1998.

**media[3616655]**

Katanya, beliau akan terus berpegang kepada prinsip untuk berdiri bersama mereka yang setia ketika berdepan waktu paling sukar.

“Saya ketika itu belum pun berusia 19 tahun apabila Keadilan ditubuhkan, malah disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), saya tidak boleh menjadi anggota pun.

“Ini tentang sejarah bersama kita. Dalam setiap ceramah yang kita lakukan walaupun ketika itu rasa kesunyian itu amat sangat.

“Perkara paling penting yang saya pelajari ialah kita perlu berdiri bersama mereka yang bersama kita ketika waktu paling sukar. Saudara-saudari, kamu semua adalah keluarga saya. Saya membesar bersama kamu semua.

“Semoga ALLAH SWT memelihara PKR. Saya Nurul Izzah Anwar, Nurul Izzah Anwar yang sama seperti pada 1998!” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata, perjuangan reformasi memerlukan masa dan melibatkan pelbagai pihak dalam sistem demokrasi, termasuk pengundi serta pelbagai kuasa lain.

Beliau turut menyentuh mengenai penglibatannya dalam penulisan dengan memaklumkan bahawa beliau kini tidak lagi dibenarkan menulis kolum berkaitan politik.

“Kalau dulu kita tidak mempunyai kawalan atau pegangan saham dalam media, hari ini pun kita tidak mempunyai kawalan atau pegangan saham majoriti dalam media.

“Saya juga mendapat arahan bahawa saya tidak boleh menulis kolum mengenai politik. Saya turut diberikan amaran mengenai perkara itu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved