(VIDEO) Sebak Lihat Ibu Mengalir Air Mata Di Tepi Ketika Bella Astillah Menangis Cerita Tentang Aliff Aziz

Entertainment
4 Apr 2024 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Temu bual bersama Bella Astillah meraih perhatian dan mengejutkan ramai pihak selepas aktres berusia 30 tahun itu mendedahkan banyak perkara.

Bella yang dilihat tidak dapat menahan air mata dan menangis teresak-esak ketika menceritakan kepada wartawan telah mengundang rasa sebak dan simpati ramai masyarakat.

 

Ibu menangis di tepi

Ramai tidak tahu tetapi sebenarnya Bella yang ditemui di majlis berbuka puasa semalam ditemani oleh ibunya, Eina Astillah.

Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar yang berada di lokasi, ibu Bella dilihat duduk di bahagian hujung kerusi ketika anaknya ditemu bual.

Lebih meruntun hati apabila Eina dilihat turut tidak dapat menahan sedih ketika Bella menceritakan ujian yang dilalui dalam hidup dan rumah tangganya itu.

 

Ibu mana yang tak sedih anak disakiti

Tangisan Eina itu sememangnya menunjukkan betapa sakit dan pedihnya hati seorang ibu apabila anak yang mereka sayangi disakiti oleh seorang insan bergelar suami.

image is not available

Terdahulu, Bella mendedahkan Aliff Aziz telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang mereka bergelar suami isteri dan salah satunya adalah dengan adik kandungnya sendiri.

image is not available 7 hours ago

"Saya Kesal Saya Buang Adik, Tak Buang Aliff" - Bella Astillah Dedah Eriqa Pernah Teman Aliff Ke GV, Dah Lama Tak Balik Sabah