(VIDEO) “Sebijik Macam Mama Dia” – Netizen Malu Tengok Anak Kak KM Tayang Lurah

6 Dec 2022 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, nama usahawan media sosial iaitu Kak KM sering terpalit dengan kontroversi apabila sering memakai pakaian yang terlalu mendedahkan bahagian ‘aset’ sekaligus menampakkan auratnya.

Tidak terkecuali, anak perempuan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut mendapat kritikan daripada pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, anak sulungnya itu dilihat sedang menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah penampilan anak KM yang memakai gaun berwarna putih yang agak mencolok mata sehingga mendedahkan bahagian lurahnya.

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mendakwa anaknya tidak berasa segan memakai pakaian sebegitu di tempat umum.

Malah, ada juga netizen yang menyamakan anak perempuan itu dengan ibunya dan menggunakan peribahasa ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ yang membawa maksud baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

"Apa Nak Jadi Anak Beranak Ni?!" - Pakaian Terlalu Seksi, Kak KM Dituduh Tak Reti Jaga Anak