(VIDEO)” Sedapnya Aiskrim!” – Pakat Buat ‘Live NPC’ Di TikTok, Cara Minta Sedekah Alaf Baru?

Entertainment
21 Aug 2023 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, muncul ‘trend’ terbaru di TikTok di mana pengguna aplikasi tersebut sakan menjadi ‘Non-Playable Character’ (NPC) di mana mereka akan memberi reaksi berdasarkan ‘gift’ yang diberikan oleh penonton.

Jika sebelum ini, ‘trend’ tersebut hanya popular di luar negara, nampaknya ia juga sudah semakin diikuti pengguna TikTok di Malaysia terutamanya mereka yang bergelar TikTokers dan pensohor media sosial.

Sebagai contoh, pengguna akan meniru karakter anime ataupun robot dan dipercayai berjaya mengaut puluhan ribu ringgit berdasarkan ‘gift’ ketika ‘role play NPC’ itu dilakukan di TikTok.

Namun begitu, ‘trend’ tersebut menerima pelbagai reaksi dan menuai pendapat netizen yang merasakan ia seperti perbuatan mengemis di alaf baru.

Sebab TikTok bagi orang duit banyak, mungkin itu faktor wujud content, live yang bukan-bukan. Orang normal berlakon gila, begitulah kehidupan sekarang buat apa saja nak cari duit.

Kata netizen, pengguna aplikasi tersebut seolah-olah menjual maruah diri kerana terpaksa berkelakuan tidak senonoh bagi mendapatkan wang.

“Tak apalah gaji sikit, daripada jual maruah mengemis duit kena jadi orang bodoh macam ni” ulas seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

(VIDEO) "Ni Baru Umpan Dengan Khunafa.." - Viral Wanita Joget Tak Ingat Dunia Untuk Makanan Percuma, Restoran Arab Disita DBKL