Selalu Buat Konten Pelanggan Kena Berjoget, Kedai Manisan Popular Bukit Bintang Disita DBKL

Entertainment
20 Aug 2023 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda sering berkunjung ke Bukit Bintang, mesti anda tahu tentang kewujudan sebuah kedai manisan Arab popular yang tular di TikTok di kawasan tersebut.

Difahamkan, kedai tersebut sangat terkenal kerana pelanggan yang membeli manisan di situ perlu menari terlebih dahulu sebelum mendapat makanan yang dipesan.

Namun, semalam kecoh pula sebuah video yang memaparkan bahawa kedai tersebut telah disita oleh pihak berkuasa.

Dalam video tersebut. dapat dilihat kawasan sekeliling kedai itu telah dililit dengan pita kuning Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

image is not available

Pihak DBKL menerusi Facebook rasmi mereka mendedahkan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan sebuah notis kompaun kepada kedai itu kerana telah menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL.

image is not available

Notis kompaun itu telah dikeluarkan ketika operasi penguatkuasaan oleh pihak DBKL di kedai itu pada 19 Ogos (Sabtu).

Selain itu, premis kedai manisan itu juga diambil tindakan tutup serta merta.

Difahamkan juga, aktiviti perniagaan di kedai itu juga telah dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

image is not available

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.