[VIDEO] Sekumpulan Warga Asing Serang Kedai Bawa Kayu Hoki

20 Jul 2023 • 3:57 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kalau semalam kita dikejutkan dengan video warga Afrika panjat kereta seorang wanita, hari ini lain pula ceritanya.Viral satu video yang memaparkan sekumpulan warga asing datang ke menyerang seorang wantia di sebuah kedai dengan memegang batang kayu hoki.

Difahamkan kejadian berlaku di Kajang, Selangor. Menerusi video berdurasi 52 saat itu, rakaman itu memaparkan beberapa adegan pergelutan serta kedengaran suara wanita menjerit menghalau kumpulan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, kedengaran juga suara orang awam lain yang meminta sekumpulan lelaki asing terbabit segera beredar dan mengugut untuk menghubungi pihak polis. Kemudian, kesemua mereka akhirnya beredar dari kedai berkenaan dengan menaiki tiga kenderaan secara berasingan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan menggesa pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.