(VIDEO) Selalu ‘Sibuk’ Ulas Isu Orang, Kali Ini Ada Wanita Nak Dedah Sisi Gelap Caprice Pula?

Entertainment
27 Oct 2022 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rasanya ramai sudah ketahui penyanyi rap, Caprice sering mengulas pelbagai isu di laman media sosialnya dan tidak takut untuk membongkar pelbagai rahsia yang diketahui olehnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini lain pula cerita apabila terdapat seorang wanita di TikTok menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk membongkar rahsia Caprice.

Kami dah ready nak bongkarkan sisi gelap Caprice.

Disebabkan video itu menjadi tular, kebanyakkan warganet mengambil peluang membanjiri ruangan komen dan memberitahu diri mereka tidak sabar untuk mengetahui ‘rahsia’ yang hendak dibongkarkan oleh wanita terbabit.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen berkata akhirnya Caprice mendapat balasan kerana sering membongkarkan rahsia seseorang seakan-akan diri tidak mempunyai sisi gelap.

image is not available

Sekadar info, Caprice sememangnya seorang individu sering berkongsikan pandangan mengenai isu-isu besar, tambahan jika isu terbabit melibatkan orang awam dan orang ternama hinggakan dia dilabel sebagai orang yang laparkan perhatian.

image is not available 1 minggu lalu

"Kalau Caprice Nak Saman, Silakan" - Pengarah Urusan Mydin Kata 'Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas'