[VIDEO] Pemuda Nekad Nak Berhenti Belajar Dipercayai Sebab Depresi, Tindakan Lecturer Buat Ramai Buka Mata!

Entertainment
26 Oct 2022 • 6:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerjaya sebagai seorang pendidik ni bukanlah sesuatu yang mudah, perlu berhadapan dengan pelbagai ragam anak murid.

Bagi pelajar pula, cukup bertuah jika guru mereka memberikan didikan yang sempurna. Tapi tu je ke tanggungjawab sebagai seorang pendidik ni?

Seperti baru-baru ini, situasi mengharukan melibatkan seorang pelajar dan pensyarah di sebuah institut pendidikan tinggi (IPT).

Kisahnya bermula apabila pensyarah tersebut menghubungi pelajar untuk maklumkan yang dia mungkin akan dapat markah ‘0’ disebabkan tak hantar tugasan akhir.

Pelajar tersebut mengakui perkara itu dan memaklumkan dia sebenarnya ingin berhenti belajar, namun jawapan balas pensyarah itu membuatkan ramai terharu dan membuka mata akan jasa serta tanggungjawab seorang pendidik.

Video pendek perbualan whatsapp tersebut dikongsikan di laman sosial Tiktok, sebelum kemudiannya menjadi viral.

“Markah Hafiz ‘0’ untuk tugasan final. Ikut rekod saya, Hafiz tak submit tugasan final. Betul kan? Kalau ikut total marks memang Hafiz fail kursus ni,” kata pensyarah tersebut.

Hafiz kemudian memberitahu pensyarahnya yang dia mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan. Bagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih kepada pensyarahnya kerana memaklumkan tentang perkara itu.

Namun, atas budi bicara dan sifat timbang rasa pensyarah tersebut, dia telah berlembut hati dan memberikan Hafiz peluang kedua untuk meghantar tugasannya. Tapi, Hafiz telah menolak peluang kedua itu.

Bagaimanapun, ini jawapan yang diterima dari Hafiz.

“Tak apa la. Saya tak plan untuk sambung belajar lagi dah, terima kasih atas peluang yang diberi,” jawab Hafiz.

Rata-rata ruangan komen dipenuhi dengan warganet yang berasa sebak serta terharu dengan tindakan pensyarah itu.

Malah ramai berkongsi pernah alami situasi sama selain memuji tindakan pensyarah tersebut yang dilihat cukup prihatin terhadap pelajarnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Min rasa tindakan pensyarah ni memang terbaikkk dia tak putus asa bagi semangat dekat students dia untuk terus menimba ilmu..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.