[VIDEO] Selamat pulang, sang juara! – Fadhlina

LocalMusic
24 Sep 2026 • 2:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Selamat pulang, sang juara! – Fadhlina

PETALING JAYA – “Selamat pulang, sang juara!”

Itu ucapan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek ketika menyambut kepulangan 26 anggota Permata Seni Koir (PSK) dari Jerman yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, semalam.

Kumpulan itu mencipta kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan 3rd Internationales Chorfest Magdeburg, selain membawa pulang dua pingat emas.

“Pasang bunyi kuat sikit. Lagu yang mengiringi video ini istimewa. Itulah persembahan PSK yang semalam saya sambut kepulangan mereka dari Jerman.

“26 anak kita pulang dengan dua emas dan gelaran juara keseluruhan 3rd Internationales Chorfest Magdeburg. Selamat pulang juara!,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi laman sesawangnya turut berkongsi kisah kejayaan tersebut.

Menurut KPM, pencapaian itu bukan sahaja menjadi kebanggaan Permata Seni, malah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa melalui keindahan seni suara dan persembahan koir.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PSK atas kejayaan meraih pingat emas bagi Kategori G1 (Children’s Choir) dan Kategori Folklore, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan 3rd Internationales Chorfest Magdeburg yang berlangsung pada 14 hingga 23 September 2026 di Magdeburg, Jerman.

“Tahniah kepada seluruh peserta dan jurulatih PSK! Teruskan melakar kejayaan serta membawa nama Malaysia ke pentas dunia melalui seni,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

@fadhlinasidekPasang bunyi kuat sikit. Lagu yang mengiringi video ini istimewa. Itulah persembahan PERMATA Seni Koir yang semalam saya sambut kepulangan mereka dari Jerman. 26 anak kita pulang dengan dua emas dan gelaran Juara Keseluruhan 3rd Internationales Chorfest Magdeburg. Selamat pulang juara !

♬ original sound – Fadhlina Sidek

The post [VIDEO] Selamat pulang, sang juara! – Fadhlina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved