[VIDEO] Serangan Riyadh tak jejas jemaah umrah

12 Oct 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Serangan Riyadh tak jejas jemaah umrah

KOTA BHARU – Serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi kelmarin, tidak menjejaskan penerbangan jemaah umrah dari negara ini apabila agensi pengendali umrah tidak membatalkan penerbangan ke Jeddah dan Madinah.

Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours, Muhammad Murssyid Abu Hassan berkata, pihaknya meneruskan penerbangan yang sudah ditempah lebih awal selagi tiada arahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, banyak tempahan penerba­ngan sudah dibuat sejak September lalu, malah pihaknya juga mempunyai jemaah yang berada di Tanah Suci ketika ini.

“Kami tidak membatalkan penerba­ngan kerana tempahan awal sudah banyak dibuat. Penerbangan yang dirancang dite-ruskan sehingga hujung tahun termasuk ketika musim puncak cuti persekolahan.

“Kami tidak menafikan insiden itu membimbangkan, namun kejadian itu berlaku di Riyadh bukannya di lapangan terbang Jeddah atau Madinah yang menjadi tum­puan jemaah umrah dari Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yang juga Naib Pre­siden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) berkata, setakat ini pihaknya tidak berdepan kerugian akibat pembatalan penerbangan kerana tiada keputusan sedemikian dibuat dan tiada jemaah menarik diri daripada pakej ditempah.

Katanya, kos pakej umrah kira-kira RM10,000 seorang dan jemaah juga memahami situasi semasa kerana insiden berkenaan tidak berlaku di dua lapangan terbang utama yang menjadi laluan mereka.

“Kami sentiasa memantau perkembangan semasa dan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dan kedutaan Malaysia bagi memastikan ke­selamatan jemaah terpelihara.

“Setakat ini, belum ada perkembangan atau arahan rasmi menunjukkan perjalanan umrah perlu dihentikan. Kami juga tidak mengambil laluan berisiko atau berada di kawasan panas dan berbahaya,” katanya.

Tambahnya, sebagai agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Kementerian Pelanco­ngan, Seni dan Budaya, pihak­nya sentiasa merujuk maklumat dan perkembangan daripada saluran rasmi kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan perjalanan jemaah.

Terdahulu, seramai 12 orang dilaporkan terkorban, manakala 309 lagi cedera dalam sera­ngan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh kelmarin.

Dalam pada itu, Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd. Sham ketika ditanya kemungkinan penjadualan se­mula pe­nerbangan susulan sera­ngan itu, beliau berkata, setakat ini langkah itu belum diperlukan kerana tiket penerbangan masih banyak tersedia.

Pada ketika ini, sebanyak 1,000 agensi pelancongan bernaung dibawah PAPUH.

Riyadh’s International Airport remained closed after a missile strike killed 12 & wounded 309; Western sources say no warning was issued before impact, while Trump is weighing US participation in Saudi strikes against the Houthis
Authorities report #airtraffic has since been restored

#SaudiArabia | #Yemen
https://t.co/DELtZDxqx7

— Sarwar (@ferozwala) October 11, 2026

The post [VIDEO] Serangan Riyadh tak jejas jemaah umrah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved