(VIDEO) “Siap Bercuti Sama Dengan Skandal” – Askar Dirakam P*kul Isteri, Netizen Sebak Lihat Anak Jadi Mangsa

Entertainment
22 Mar 2024 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak semalam mengenai satu video memaparkan seorang anggota pertahanan awam telah dirakam memukul isterinya setelah ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita.

Dalam video tersebut, lelaki yang bekerja sebagai askar itu dilihat memukul isterinya di rumah. Si isteri itu kemudian dilihat membuat laporan polis atas perbuatan keganasan rumah tangga itu.

Malah, wanita itu turut memuat naik foto-foto suaminya berseronok bersama skandal meskipun telah berkahwin dan masih belum bercerai.

Si suami juga dilihat memarahi dan memaki wanita berkenaan setelah ‘kantoi’ mempunyai perempuan simpanan.

Turut dirakam anak mereka sedang menangis mencari bapanya sekaligus mengundang rasa sebak dalam netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pihak atasan tempat lelaki berkenaan berkhidmat untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Netizen juga mendoakan agar urusan wanita teraniaya berkenaan dipermudahkan dan dilindungi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Gloves Itu Untuk Gaul T*hi Baja Kak.." - 'Influencer' Makanan Gaul Air Asam Guna Sarung Tangan Kuning Mohon Maaf Selepas Ditegur KKM