Suami Hambat Isteri Dengan Penyapu Sebab Bag Ada Dadah Didakwa

21 Mar 2024 • 4:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Gara-gara berang setelah menjumpai barang terlarang di dalam beg isteri, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memukul isteri dengan penyapu.

image is not available
Sumber & Kredit: www.buletintv3.my

Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memukul isterinya yang juga pengadu, berusia 43 tahun, dengan sebatang penyapu.

Kesalahan dilakukan pada 16 Mac jam, 6 petang di Kampung Kubang Tangga di Kuala Terengganu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. Sebutan semula kes pada 17 April 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved