[VIDEO] “Siap merajuk lagi” – Ramai Terhibur Tengok Aksi Pembeli ‘Reject’ Nasi Lemak Free Dari Peniaga

Entertainment
22 Dec 2022 • 6:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak ada di situasi yang kita atau ahli keluarga berebut nak bayarkan untuk semua orang selepas habis makan. Situasi itu agak awkward dalam masa yang sama nampak sweet kan? Masing-masing berlumba nak melakukan amal kebaikan.

Situasi ini sama seperti apa yang berlaku dekat seorang TikToker @bangsudu yang merupakan seorang peniaga nasi lemak RM1, dia berniat nak belanja pembeli tapi kena reject.

 

“First time ada customer merajuk

Dalam video yang berdurasi 35 saat itu, dilihat peniaga yang dah siap membungkuskan nasi lemak itu menolak wang tunai yang diberikan oleh pembeli, tetapi pembeli tersebut berkeras untuk bayar sampai ‘gertak’ tak nak beli nasi lemaknya jika tidak ambil wang pembelian.

Namun begitu, pembeli meletakkan semula bungkusan plastik ke dalam bakul nasi lemak itu sebagai tanda amaran agar terima wang pembeliannya, jadi peniaga ambil wang tersebut tetapi meletakkannya semula dalam plastik yang membungkus nasi lemak itu.

Bagaimanapun, pembeli cepat-cepat keluarkan duit itu dan letakkan ke dalam bakul sebelum melarikan diri. Apa yang lebih melucukan lagi, seorang lagi pelanggan yang menyaksikan kelakuan mereka tergelak besar dan melakukan perkara yang sama seperti pelanggan sebelumnya itu buat (melarikan diri).

Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih 5.7 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka ini.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Kebiasaannya, dengan zaman yang harganya serba serbi mahal ini, tujuan utama peniaga nasi lemak RM1 ini adalah untuk membantu mereka yang mungkin dalam kesempitan wang.

Di mata pembeli pula adalah, niat mereka membeli untuk membantu si peniaga. Mungkin sebab tu la jadi macam dalam video ini, masing-masing cuba nak membantu antara satu sama lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article