[VIDEO] Sibuk selamatkan dunia, mengaji tidak tinggal

Family & ParentingLifestyle
24 Sep 2026 • 4:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sibuk selamatkan dunia, mengaji tidak tinggal

PETALING JAYA – “Beritahu saya ‘anak nombor dua’ anda tanpa memberitahu saya.”

Itu kapsyen ringkas pada video memaparkan seorang kanak-kanak yang dilihat tekun mengaji sambil mengenakan baju super hero, Spiderman lengkap bersongkok.

Menerusi perkongsian @MuniAlan Newsfeed Media di media sosial, gelagat kanak-kanak itu meraih perhatian orang ramai yang menganggap gambar berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan ‘perangai’ anak nombor dua.

Malah, ada yang berseloroh, selain menjaga keamanan dan menyelamatkan dunia, kini Spiderman juga tidak lupa menambah ilmu di dada.

“Di samping menjaga negara, Spiderman pun menambah ilmu di dada,” ujar @Hanaa Hanif.

“Kalau anak tak mahu pergi mengaji, boleh tunjuk ni.. Spiderman pun mengaji. Comel lah dik,” komen @Farah Diana.

“Malu rasa diri ni. Spiderman pun mengaji,” tambah @Mohdhatta. – KOSMO! ONLINE

@munajatsufiTell me your ‘anak no 2’ without telling me

♬ original sound – Aiman Pendragon

The post [VIDEO] Sibuk selamatkan dunia, mengaji tidak tinggal appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved