[VIDEO] ‘Sikit hari lagi nak bela gajah’

25 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Sikit hari lagi nak bela gajah’

PETALING JAYA – Seorang wanita memelihara pelbagai jenis haiwan di dalam rumah sehingga kediamannya boleh diibaratkan seperti zoo mini.

Menerusi hantaran pengguna Thread Aisha Aleeya, wanita itu berkongsi video beberapa ekor kambingnya sedang baring di katil dan sofa, beberapa ekor ayam pelbagai baka serta seekor burung hantu.

“Ada tak yang macam aku. Suka bela haiwan dalam rumah. Mandikan nak bagi wangi. Dulu ada kucing je, lepas tu bela kambing sebab memang ada kambing kat kampung, jadi bawa baby kambing balik KL.

“Lepas tu burung hantu, orang kata burung hantu makan anak ayam. Kita pun beli la anak ayam, burung hantu tu tak makan anak ayam tu. Akhirnya aku bela je sampai hari ni.

“Sekarang ayam makin banyak dan macam-macam jenis baka. Dah macam zoo mini dah rumah aku ni. Sikit hari lagi nak bela gajah pula,” katanya.

Menjawab pertanyaan orang ramai, dia turut berkongsi rutin membersihkan najis haiwan-haiwan tersebut selain ada yang dipakaikan lampin pakai buang.

“Alhamdulillah, Allah bagi saya kesabaran jaga dan bersih kan diorang. Mandikan syampu kering bulu, bawa pergi salon pakai perfume (pewangi). Tukar pampers (lampin pakai buang) tiga hingga empat jam sekali, bergantung pada orang yang jaga.

“Kalau dia rasa kambing tu bau, kadang otak dia dah set bau kandang tu. Kambing kat kandang tu berak kencing makan tidur semua situ. Tak sama macam kambing yang kita jadikan haiwan jaga dalam rumah,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berkongsi pengalaman memelihara haiwan masing-masing.

“Macam mak saya, anak kambing dia sampai tidur dengan dia sebab kematian ibu. Mak saya jadi mak dia, dia rampas mak saya,” kata Noorhafizah Yusoff berseloroh.

“Aku la, bela itik dalam rumah,” kata Zeerawh berkongsi gambar itiknya di ruangan komen.

“Saya rasa jiwa awak suka haiwan ternakan, jadi sesuai kalau dapat tinggal kawasan yang lapang, ada laman besar. Boleh bayangkan, pagi-pagi bangun jenguk kat tingkap dapur nampak kambing, ayam, itik. Habitat yang sesuai,” kata Kooching51. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Sikit hari lagi nak bela gajah’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved