[VIDEO] Suami Isteri Kena Belasah Beramai-ramai Lepas Bertengkar Dengan Abang Botak

Entertainment
14 Feb 2023 • 2:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar yang mungkin mengganggu bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Tular di media sosial sekarang video berkenaan dengan pertengkaran antara pasangan suami isteri dengan seorang individu sebelum berlakunya pergelutan.

Dalam video tersebut dilihat seorang lelaki dimaki hamun orang seorang pakcik sebelum lelaki tersebut melepaskan tumbukan kepada pakcik tersebut.

Suami isteri kena belasah beramai-ramai

Pada permulaan video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, dilihat seorang pakcik sedang memberi amaran kepada seorang lelaki yang memakai baju penghantar pesanan makanan.

“Eh jangan kurang ajar. Ajar bini kau. Faham tak? Ajar bini kau!”

Pertengkaran mereka disaksikan oleh beberapa individu, malah pakcik tersebut turut bertanyakan lelaki itu tentang masalah yang berlaku antara mereka sebelum lelaki itu melepaskan tumbukan.

image is not available image is not available

“Kau tahu tak, kita nak settle, apa lagi masalah?”

Disebabkan tumbukan itu, beberapa individu lain membalas tumbukan dan menyerang lelaki itu sehingga terjatuh.

Disebabkan itu, seorang wanita yang memakai tudung berwarna kelabu dipercayai isterinya cuba melindungi si suami dan terkena tempias pukulan daripada orang ramai.

image is not available

image is not available

Di pengakhiran video tersebut, pakcik berbaju merah berkenaan muncul dan mempersoalkan provokasi yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

image is not available

Satu persoalan timbul apabila melihat kehadiran wanita memakai baju merah yang sedang memegang mikrofon, disebabkan itu, mstar Online melaporkan bahawa ada netizen beranggapan bahawa mereka sedang menjalankan program hari keluarga.

Buat masa ini, lokasi, waktu dan punca kejadian masih belum dikenal pasti, video ini dikatakan tular sejak pagi tadi dan ia telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 2 jam ia dimuat naik di Twitter.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam tindakan orang ramai yang masuk campur hal mereka, ada juga yang kesian melihat si isteri cuba melindungi suaminya itu daripada dipukul beramai-ramai.

 

Apa kes ni? – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar pihak PDRM untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes ini. Apapun, sama-sama kita tunggu info lanjut daripada pihak berkuasa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.