[VIDEO] Suami Kantoi Depan Isteri Pegang Tangan Perempuan Lain Dekat Airport Lepas 6 Bulan Hilangkan Diri

Entertainment
23 Jun 2022 • 2:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri mana yang tak marah bila suami tiba-tiba hilangkan diri lepastu tahu-tahu tengah berfoya dengan perempuan lain?

Macam kes yang berlaku di Singapura baru-baru ni di mana seorang wanita telah memuat naik video di Facebook menunjukkan macam mana suaminya terkantoi depan dia dan anak di Lapangan Terbang Changi.

Dalam video yang dimuat naik oleh Jolly Hong, dapat dilihat suaminya telah memegang tangan perempuan lain sebelum ‘disergah’ oleh Jolly dan anak lelakinya.

Tak cukup dengan itu dapat dilihat lelaki tersebut dan kekasihnya turut memakai couple t-shirt sebelum wanita tersebut menukar pakaiannya apabila melihat isteri teman lelakinya itu.

Menurut penjelasan Jolly, sebelum ini suaminya mengatakan yang dia mahu pulang ke Malaysia untuk melawat bapanya namun selepas telefon bimbit lelaki itu tak dapat dihubungi, wanita ini menerima panggilan dari bapa mertuanya bertanyakan tentang keberadaan anaknya.

Enam bulan selepas menghilangkan diri, lelaki ini kemudiannya tiba ke Singapura dari Bangkok bersama wanita lain.

Ketika dipersoal, dapat dilihat kekasih suaminya itu telah mencelah untuk bercakap dengan lelaki tersebut sebelum Jolly menegurnya.

Excuse me! Saya tengah cakap dengan suami saya. Awak siapa? Awak siapa? Awak siapa?”

Selepas berulang kali ditanya sedemikian, teman wanita lelaki itu akhirnya berlalu pergi meninggalkan pasangan tersebut.

Jolly kemudiannya terus menyoal suaminya dan meminta agar suaminya menjawab ke mana dia telah pergi dan menuduh lelaki ini telah mengabaikan dia dan anaknya.

Untuk pengetahuan korang, sejak mengandungkan anak mereka, Jolly telah menjadi suri rumah dan tak mempunyai pendapatan.

Alahai, kesiannya…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.