[VIDEO] Sulong selamat tiba di Tasik Kenyir

2 Sep 2026 • 1:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sulong selamat tiba di Tasik Kenyir

PETALING JAYA– Gajah jantan yang tular di media sosial sebelum ini, Sulong selamat tiba di Tasik Kenyir bagi menjalani proses pemindahan ke habitat baharunya.

Menerusi video yang tular di media sosial ketika ini, Sulong dilihat berada di kawasan berkenaan dan sedang melalui proses pemindahan sebelum ditempatkan di habitat yang sesuai.

Difahamkan, Sulong akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum dipantau secara berterusan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dua gajah denak, Indah dan Suria, turut digunakan bagi membantu memujuk Sulong menjalani proses pemindahan itu.

Sebelum ini, Sulong mencuri perhatian selepas dirakam berjalan sendirian dari Gerik, Perak menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Pergerakannya yang merentasi jarak jauh mengundang kebimbangan orang ramai serta pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sulong dijangka terus dipantau dan dirawat bagi memastikan keadaan fizikalnya baik sebelum disesuaikan dengan habitat baharunya di Tasik Kenyir.- KOSMO! ONLINE

@badry5345 Sulong tiba di tasik kenyir. #tasikkenyir #terengganu #fyp #malaysia ♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

The post [VIDEO] Sulong selamat tiba di Tasik Kenyir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved