Sulong dipindahkan ke Tasik Kenyir

Environment
2 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sulong dipindahkan ke Tasik Kenyir
Sulong yang tular selepas berkeliaran di JRTB di Kelantan dalam keadaan cedera kini dipindahkan ke Tasik Kenyir, Terengganu untuk menjalani rawatan.

KUALA LUMPUR – Gajah liar dikenali sebagai Sulong yang tular selepas berkeliaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Kelantan dalam keadaan cedera kini dipindahkan ke Tasik Kenyir, Terengganu untuk menjalani rawatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemindahan gajah jantan itu dilakukan pada Selasa.

"Sulong sudah dipindahkan ke Tasik Kenyir dan kakinya yang cedera dirawat oleh veterinar daripada Perhilitan.

"Kami akan kongsikan perkembangan semasa berhubung keadaan gajah itu dalam masa terdekat, Insya-ALLAH," katanya pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan gajah berkenaan dilihat berkeliaran di sepanjang JRTB dalam keadaan cedera sebelum masuk semula ke kawasan hutan.

Sulong kemudiannya dikatakan dikesan semula sekitar Gerik, Perak pada kira-kira jam 9.30 pagi Ahad lalu.

Perkara itu turut dikongsikan beberapa pengguna media sosial yang mendakwa melihat gajah berkenaan dalam keadaan cedera pada bahagian kaki ketika bergerak menghala ke Banjaran Titiwangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved