[VIDEO] Tak Kisah Kantoi Dengan Tuan Rumah, Pencuri Selamba Panjat Pagar Sambil Angkat Tong Gas

Entertainment
4 Oct 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam ekonomi yang semakin merundum sekarang ni, memang tak pelik bila jenayah juga akan turut meningkat naik. Mana tidaknya, hanya untuk dapatkan sedikit duit poket, ada yang sampai sanggup mencuri secara terang-terangan walaupun ada risiko terkantoi.

Ini apa yang berlaku dalam satu video tular di TikTok apabila seorang wanita dilihat telah menjerit meminta tolong sambil merakam tindakan seorang lelaki bertindak memanjat pagar rumahnya untuk mencuri tong gas.

Pencuri! Pencuri!”

Kalau korang tengok video dekat atas tu, pencuri ini dilihat selamba mengangkat tong gas sambil memanjat pagar rumah walaupun tahu tindakannya itu telah disedari oleh tuan rumah dan beredar menaiki motosikalnya dengan bersahaja. Eh eh macam tak ada apa jadi je ya?

Dipercayai, kejadian ini telah berlaku di salah satu kawasan perumahan di Taman Rakan di Cheras, Selangor.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video ini telah memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang membuat spekulasi pencuri tersebut pekak ekoran tindakan selambanya itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau dah sampai pencuri pun boleh relax walaupun sedar diri dah terkantoi ni memang agak kronik jugak ya… Harapnya korang semua boleh lebih berhati-hati, lagi-lagi kalau tinggal sorang. Takut pulak jadi benda lain.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article