“Takut Reput Je Muka Hang…” - Che Ta Tegur Aaisyah Sebab...

3 Oct 2023 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi… Itulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan mengenai pelakon Rozita Che Wan dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

 

Menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menegur gelagat anaknya yang memakai solekan ketika mahu tidur di waktu malam.

 

“Aaisyah dah mandi malam-malam pun bersiap juga, pakai lipstic, pakai blusher semua. Siapa yang macam mek chah? Nak tidur pun kena cantik dia kata.

 

“Takut reput je muka hang, tunggu besar Aaisyah oi,” kata Che Ta.

 

Aaisyah yang sedang menyikat rambutnya berkata dia sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.

 

“Mami, Aaisyah nak tidur pun kena cantik tau,” kata Aaisyah.

 

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagar dua beranak itu dan menganggap Aaisyah mengikut perangai ibunya yang sentiasa mahu cantik dan bergaya setiap masa.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved