![Image from: [VIDEO] ‘Terima kasih Malaysia kerana hujan di Indonesia’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-20.47.45-1024x895.jpeg)
PETALING JAYA – “Terima kasih Malaysia, saudara yang baik”
Demikian ucapan terima kasih yang diluahkan salah seorang pengguna aplikasi Threads di Indonesia yang dikenali sebagai Umieproboyekti selepas pembenihan awan berjaya membentuk hujan di sekitar kawasan kebakaran di Kalimantan, Indonesia.
Proses pembenihan awan itu dilakukan di Sarawak sebelum berjaya membentuk hujan di sekitar kawasan Kalimantan.
Perkara itu disahkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang memaklumkan Malaysia telah menerima kebenaran bertulis untuk memasuki ruang udara Indonesia bagi membuat pembenihan awan di selatan Sarawak.
Sementara itu, berdasarkan laporan Tribun. Pontianak hujan hasil pembenihan awan itu berlaku petang semalam.
“Hujan lebat terjadi di Sungai Raya Dalam, Kubu Raya dan sebagian Kota Pontianak, Kalimantan Barat (Kalbar), Jumaat 4 September 2026 sore WIB.
“Semoga berkat hujan ini polusi asap pekat segera berlalu,” tulis hantaran tersebut.
Turut mendedikasikan ucapan terima kasih kepada Malaysia adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Raden.kuman.
“Terima kasih kerana menggunakan jasa pembenihan awan pemerintah Malaysia di Sarawak. Apapun, syukur Alhamdulillah dan puji Tuhan,” tulisnya. -KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Terima kasih Malaysia kerana hujan di Indonesia’ appeared first on Kosmo Digital.





