[VIDEO] Teruja lihat Kimi Antonelli mandi di taman tema di Selangor

30 Sep 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Teruja lihat Kimi Antonelli mandi di taman tema di Selangor

PETALING JAYA – Pelumba Formula 1, Kimi Antonelli mencuri perhatian orang ramai apabila meluangkan masa untuk bermandi-manda di taman tema air di Banting, Selangor.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosialnya, Kimi Antonelli yang juga pelumba Mercedes F1 dilihat berseronok dengan beberapa individu lain di Taman Tema Air SplashMania.

Video tersebut mencuri perhatian netizen apabila pelumba itu begitu santai menikmati kemudahan taman tema air berkenaan.

Selain itu, orang ramai turut mengucapkan selamat datang kepadanya selain ada yang mencadangkan agar dia berkunjung ke lebih banyak tempat menarik di negara ini.

“Lebih seronok di Taman Tema Genting, di sana ada kereta kabel juga. Tapi, tolong pergi secara tertutup sebab di Malaysia bukan ada orang Malaysia sahaja, tetapi orang dari negara lain yang mungkin akan pergi kepada kamu secara agresif, jadi berhati-hati,” kata Atika.

“Selamat datang ke Malaysia, anda patut cuba makan nasi kandar, nasi lemak, nasi kerabu dan nasi bujang,” cadang Afiqaris.

“Kimi, datang ke Terengganu, boleh lihat penyu dan pokok paya bakau,” kata Copernicus.

Terdahulu, Kimi tiba di negara ini bagi menyertai Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari Jumaat hingga Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Teruja lihat Kimi Antonelli mandi di taman tema di Selangor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved