[VIDEO] Tidak mustahil Rohingya ada parti sendiri 20 tahun lagi

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Tidak mustahil Rohingya ada parti sendiri 20 tahun lagi

PETALING JAYA – Tidak mustahil komuniti Rohingya atau pelarian lain mempunyai parti politik sendiri di Malaysia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, perkembangan itu berkemungkinan berlaku sekiranya individu daripada komuniti berkenaan memperoleh kewarganegaraan dan memenuhi syarat ditetapkan untuk terlibat dalam politik.

Menurut beliau, penubuhan mana-mana pertubuhan di Malaysia tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, ia tidak mengatakan seseorang itu tidak boleh menubuhkan apa-apa persatuan, pertubuhan politik atau NGO.

“Kuasa itu ada pada menteri. Maka, terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan menteri atau kerajaan Malaysia untuk meluluskan setiap permohonan pertubuhan,” katanya ketika muncul dalam Podcast Sebalik Kalam.

Choo Seong berkata, perkembangan komuniti pendatang di sesebuah negara juga boleh membawa kepada penubuhan organisasi politik yang mewakili kepentingan diaspora mereka.

Beliau mengambil contoh komuniti Turkiye di Jerman yang menurutnya mempunyai parti politik serta pengaruh yang besar dalam negara berkenaan.

“Kalau kita lihat di Jerman, ada parti politik Turkiye yang ditubuhkan dan berkembang pesat, mewakili diaspora komuniti Turkiye di Jerman.

“Mereka datang untuk mencari perlindungan dan kehidupan yang lebih baik, kemudian akhirnya ditubuhkan (sebagai organisasi politik) dan kini mempunyai pengaruh,” katanya.

Mengulas kemungkinan perkara sama berlaku di Malaysia, Choo Seong berkata, beliau tidak menolak kemungkinan komuniti seperti Rohingya mempunyai pengaruh politik pada masa depan.

“Saya tak menolak kemungkinan dalam 20 tahun, 30 tahun wujud (parti politik sedemikian).

“Kalau kita lihat, memang ada warga Bangladesh yang mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. Walaupun kita rasa perkara itu seperti lawak, tetapi tidak mustahil.

“Dalam prinsip demokrasi, ia tidak mengatakan asalkan kamu layak, kamu warganegara. Mungkin dia sudah mendapat kewarganegaraan. Kita tidak tahu,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

@liveineverypixel 20 Tahun Lagi, Parti Rohingya Mungkin Wujud? Benarkah parti yang mewakili keturunan pendatang atau pelarian boleh muncul di Malaysia pada masa hadapan? Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen. Host: @thariq.rahman Guest: @neowchooseong_19 Sebalik Kalam EP.13 https://youtu.be/NyuMOlStXcM Diterbitkan & LIVE STREAMING oleh PIXELive. Makanan & minuman bagi Episod 13 ditaja oleh @.janecof ♬ original sound – PIXELive

The post [VIDEO] Tidak mustahil Rohingya ada parti sendiri 20 tahun lagi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved