Kerajaan perlu tangani segera isu pelarian Rohingya

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Harik Fauzi

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu membabitkan komuniti Rohingya sebelum akhir tahun ini.

Aktivis bebas, Harik Fauzi berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan perlu tampil dengan penyelesaian yang jelas dan menyeluruh bagi menangani isu berkenaan, sekali gus meredakan keresahan dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau berkata, kebimbangan rakyat tidak wajar dibiarkan berpanjangan tanpa tindakan, selain isu tersebut tidak seharusnya menjadi alasan bagi mencetuskan kebencian atau kekerasan terhadap mana-mana komuniti.

“Di mana wakil rakyat yang telah diberikan mandat untuk menjaga kawasan yang terkesan, seharusnya sebelum 1 Oktober 2026, rakyat mahu melihat tindakan dan penyelesaian yang nyata, bukan sekadar kenyataan.

“Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa dokumen, menangani sebarang pelanggaran undang-undang dan memastikan keselamatan serta ketenteraman masyarakat setempat sentiasa terpelihara,” katanya

Dalam pada itu Harik turut mencadangkan penubuhan pasukan sukarelawan komuniti yang sah dan diselaraskan pihak berkuasa bagi membantu memantau kawasan serta menyalurkan maklumat.

Bagaimanapun beliau berkata, pasukan itu tidak boleh mengambil alih tugas polis, imigresen atau agensi penguatkuasaan lain.

“Sebarang tangkapan, pemeriksaan atau tindakan penguatkuasaan hendaklah kekal dilaksanakan pegawai yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang.

“Selain itu, penglibatan masyarakat perlu dilaksanakan melalui mekanisme yang sah, tersusun dan terkawal,” jelasnya.

Beliau menegaskan Malaysia merupakan negara berdaulat dan undang-undangnya wajib dihormati setiap individu yang berada di negara ini.

The post Kerajaan perlu tangani segera isu pelarian Rohingya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved