Video Tidak Senonoh Didakwa Libatkan Pegawai Hospital Kudus Tular, Dua Individu Digantung Tugas

8 Jan 2026 • 8:56 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

JAKARTA – Sebuah video tidak senonoh yang didakwa melibatkan pegawai Hospital Umum Daerah (RSUD) Loekmono Hadi Kudus, Jawa Tengah, menjadi tular di media sosial dan mencetuskan perhatian orang ramai.

Pihak pengurusan hospital mengesahkan kejadian berkenaan serta memaklumkan bahawa dua individu yang dipercayai terlibat telah digantung tugas sementara bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Rakaman video yang tersebar luas itu dipercayai merupakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan hospital dan memaparkan perlakuan tidak senonoh yang didakwa melibatkan pegawai berkenaan.

Kejadian Berlaku Pada 2020, Siasatan Dalaman Dilaksanakan

Pengarah RSUD Loekmono Hadi Kudus, Abdul Hakam, mengesahkan kesahihan insiden tersebut dan menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada tahun 2020 di ruang domestik hospital yang terletak berhampiran bilik pengurusan jenazah.

Menurut beliau, pihak hospital telah menjalankan siasatan dalaman terhadap lima individu, termasuk dua pegawai yang disyaki terlibat secara langsung.

“Hasil siasatan dalaman akan diserahkan kepada Kerajaan Kabupaten Kudus dan Inspektorat bagi menentukan tindakan serta hukuman yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 6 Januari 2025.

Tambah beliau, penularan video berkenaan telah mencemarkan nama baik institusi serta menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan hospital.

Setakat ini, dua pegawai terbabit telah digantung tugas sementara sementara menunggu keputusan rasmi berkaitan tindakan disiplin lanjut. – The Malaysian Update

The post Video Tidak Senonoh Didakwa Libatkan Pegawai Hospital Kudus Tular, Dua Individu Digantung Tugas appeared first on The Malaysian Update.