[VIDEO] Tindakan Pemandu Bas Isi Minyak Sambil Merokok Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Entertainment
27 Feb 2024 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial memperlihatkan seorang individu yang dipercayai pemandu bas mengisi minyak sambil menghisap rokok sebelum mencampak puntung rokok tersebut di kawasan berdekatan setelah selesai isi minyak.

Video yang telah meraih lebih 700 jumlah perkongsian ini sudah semestinya mengundang kecaman hebat kerana tindakan pemandu bas itu berbahaya terutamanya jika ada penumpang di dalam bas tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpihak kepada kepada pemandu bas ini kerana ‘bahan api’ yang digunakan adalah jenis diesel, bukannya petrol.

Namun begitu, mereka tidak menafikan bahawa tindakan merokok ketika mengisi minyak itu salah kerana risiko untuk berlaku kebakaran itu tetap masih tinggi.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Berdasarkan sumber yang min semak, bahan api diesel ialah cecair mudah terbakar. Namun diesel tidak mudah meruap seperti petrol, tapi perlu diingatkan bahawa ia masih mudah terbakar pada suhu tinggi.

Diesel mempunyai takat kilat yang lebih tinggi daripada petrol, yang bermaksud ia memerlukan lebih banyak haba untuk dinyalakan. Pendek cerita, kalau ianya bahan bakar, tetap akan terbakar tak kira cepat atau lambat.

Harap dapatlah dijadikan teladan, kerana malang memang tak berbau.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article