[VIDEO] Tindakan Pemuda Beli Kek Jualan 2 Beradik Ini Buat Netizen Sebak! Rupanya…

Entertainment
24 Feb 2023 • 2:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda sedang berborak dengan dua beradik sebelum membeli kek jualan mereka di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.

Pemuda yang lebih mesra dengan panggilan Syairee ternampak seorang kanak-kanak lelaki duduk di tepi tiang tempat parkir pasaraya tersebut dan sepertinya dia dilihat menjual sesuatu.

@syairee03

Allahu moga adik kuat ya,, nanti besar adik mesti jadi orang hebat aaminnn nanti abg dtg lagi okey sayang… #kotabharu #kelantan #anakyatim

♬ Takdir Memisahkan – . _ •

Syairee kemudiannya memanggil kanak-kanak tersebut dan bertanyakan beberapa soalan, difahamkan kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut sedang menjual kek bersama kakaknya yang berumur 16 tahun.

Sebak hati Syairee setelah mendapat tahu bahawa dua beradik itu sedang mencari wang sendiri kerana ibu mereka berada di hospital, manakala ayah mereka baru sahaja meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Saya tanya mana mak dengan ayah, terus dia cakap ayah dah meninggal sakit jantung dan mak pula di hospital. Ya Allah terus saya rasa sedih,” kata Syairee.

image is not available

Selepas tersentuh dengan cerita dua beradik tersebut, Syairee tidak teragak-agak untuk memborong kesemua 22 bekas kek daripada dua beradik itu serta berjanji bahawa dia akan berjumpa dengan mereka semula di kemudian hari.

Selain mengurus syarikat kosmetiknya, Syairee turut aktif memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, anak yatim, mangsa banjir dan golongan kurang berkemampuan.

Dia juga sempat menitipkan pesanan agar kita semua sentiasa bersikap murah hati dan tidak berkira dalam memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Ramai sedih nasib adik beradik itu

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat tindakan Syairee yang baik hati menolong dua beradik itu dan mereka turut mendoakan Syairee.

image is not available

Sedihnyaaa kisah dua beradik ni!

Sumber: mStar, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.