(VIDEO) “Tindakan Tegas Bakal Diambil” – JPJ Siasat Insiden Lori Rempuh Beberapa Kereta

7 Jul 2022 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, viral di media sosial Twitter beberapa hantaran video memaparkan kejadian insiden melibatkan sebuah lori yang bertindak melanggar beberapa kenderaan lain di Johor Bahru, Woodlands pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan dan tindakan tegas bakal diambil.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihak PDRM juga akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut.

Tambahnya lagi, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pihak MIROS pula akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku.

Tindakan yang akan dikenakan termasuklah seperti menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Saya amat memandang serius kes-kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Ka Siong meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan tersebut berlaku untuk menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video jika ada, bagi membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Tragis"- Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemui Di Ruang Tamu, Dipercayai Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri