[VIDEO] Tindakan Ustaz Lambung Bayi Sambil Baca Doa Dalam Masjid Undang Kritikan Netizen

Entertainment
29 Aug 2022 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Ramai yang masih tak tahu bahawa bayi yang masih kecil lebih-lebih lagi baru lahir, tak boleh digoncang terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan gegaran otak atau shaken baby sindrome.

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik video di Twitter menunjukkan seorang ustaz dilihat melambung bayi yang masih kecil sambil membacakan doa.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ustaz ini telah berjalan dan melambung bayi tersebut sambil dilihat oleh sekumpulan orang di dalam masjid.

image is not available

Namun begitu, tak dinyatakan tempat atau bila kejadian ini berlaku. Boleh jadi berlaku dekat negara seberang…

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut mengkritik tindakan ustaz tersebut, ekoran risau jika berlaku apa-apa pada bayi tersebut.

image is not available

Apa itu shaken baby syndrome?

Kalau korang nak tahu, sindrom goncang bayi ini turut dianggap sebagai penderaan kanak-kanak yang teruk.

Keadaan ini boleh berlaku bila penjaga telah menggoncang bayi dengan terlalu kasar sehingga menyebabkan bengkak, lebam dan berlaku pendarahan di dalam otak bayi sehingga menyebabkan kerosakan otak, hilang keupayaan malah meninggal dunia.

Biasanya keadaan ini berlaku apabila penjaga atau ibu bapa kecewa bila seseorang bayi itu tak boleh nak berhenti menangis.

image is not available

Lebih membahayakan, kerosakan otak boleh berlaku dalam masa lima saat sahaja tau! Ini kerana, kepala bayi baru lahir lebih besar dan berat dari badannya, jadi bila mereka digoncang, otak akan bergerak ke depan dan ke belakang hingga menyebabkan kecederaan.

Sindrom ini biasanya berlaku kepada bayi berusia satu tahun dan ke bawah dan bayi berusia 2 bulan sehingga 8 bulan paling berisiko untuk mengalaminya.

Jadi kalau korang ternampak benda-benda macam ni, better tegur sebelum terlambat. Kadang-kadang tu ramai yang tak sedar…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.