[VIDEO] Tragedi ‘Paragliding’ Ragut Nyawa Warga Emas Di Kelantan, ‘Pilot’ Kongsi Detik Cemas Sebelum Kemalangan

Entertainment
26 Jun 2023 • 6:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kejadian yang meragut nyawa seorang warga emas berusia 60 tahun akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Pantai Irama di Bachok, Kelantan, pengemudi paraglider tersebut telah tampil untuk menceritakan perkara sebenar.

Menurutnya, dia telah bertindak memanggil mangsa untuk test run kipas baru yang dipasang pada luncur udara tersebut dan mengikut perancangan awal ujian luncur tersebut hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, setelah 3 minit berada di udara pengemudi berkenaan mendapati kipas tersebut tidak dapat meluncur seperti yang dijangka serta menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mendarat.

@matyieteghe

Cerita sebenar dari Pilot paragliding yg terselamat di tregedi pantai irama bachok #paragliding jatuh

♬ Yasirlana Dj Enak – Musik islami

Namun, disebabkan pantai tersebut sesak dan dipenuhi pengunjung, kedua-dua warga emas itu terpaksa melakukan satu lagi pusingan sambil mencari tempat yang sesuai untuk mendarat.

Pilot berkenaan sempat menyentuh bahu mangsa sebagai tanda memberitahu mereka dalam situasi kecemasan dan perlu bersiap sedia untuk apa jua keadaan.

Dia turut berpesan kepada rakannya itu jika mereka jatuh ke dalam air perkara pertama yang harus dilakukan adalah membuka tali pinggang.

Tetapi, setelah 5 minit mereka terjunam ke dalam air, dia perasan bahawa mangsa masih belum timbul di permukaan dan apa yang lebih merisaukan adalah ombak ketika itu agak kuat.

image is not available

Difahamkan, telah berlaku salah faham apabila pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian kerana mereka tidak memahami percakapannya dan tidak tahu bahawa ada seorang lagi mangsa yang tenggelam.

Apabila tiba di pantai, dia berkeras untuk ke laut semula demi menyelamatkan rakannya itu dan pada ketika itulah baru pasukan menyelamat sedar bahawa masih ada lagi seorang mangsa.

image is not available

Selepas menemui mangsa, dia sendiri yang membuka tali pinggang di bahagian bahu mangsa namun pada ketika itu semua sudah terlambat.

Terdahulu, media melaporkan dua orang warga emas yang terjatuh dan lemas selepas kipas motor peluncur udara mereka tidak berfungsi. Salah seorang daripada warga emas tersebut dilaporkan maut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.