(Video) Tragedi Tangki Air Pecah, 6 Kereta Rosak Terkena Serpihan Tangki

28 Oct 2022 • 10:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu tragedi tangki air pecah yang berlaku di sebuah pangsapuri terletak di Taman Mas, Puchong telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap enam buah kereta milik penghuni pangsapuri tersebut.

Memetik laporan daripada Utusan, kerosakan berlaku disebabkan oleh serpihan tangki air yang pecah yang jatuh lalu menghempap beberapa kenderaan yang terlibat. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

@malaysianupdatenews Rakaman tangki air apartment pecah di Taman Mas Puchong. Dah Macam air terjun
image is not available
harap tiada sesiapa yang cedera. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ The sound of a waterfall. – Satoru Saito

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan bahawa kejadian itu berpunca daripada tangki air pecah yang dianggarkan berada pada kedudukan 60 kaki.

Serpihan tangki air tersebut jatuh dan menimpa beberapa buah kereta. Jumlah kereta yang rosak adalah sebanyak enam buah dan mengalami kerosakan teruk. Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas.

Wan Kamarul juga menasihatkan agar pemilik kenderaan yang terjejas akibat daripada tragedi itu supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan polis bagi proses tuntuan insuran kenderaan.

Antara kereta yang terlibat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved