[VIDEO] Penduduk Panik, ‘Air Terjun’ Tiba-tiba Turun Dari Pangsapuri Rupanya Tangki Air Pecah

28 Oct 2022 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam semalam, tular sebuah video memaparkan kejadian ‘air terjun’ dipercayai berlaku akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri dekat Taman Mas, Puchong.

Menurut Sinar Harian, dalam video berdurasi 4 minit tersebut, kelihatan pancutan air deras turun dari atas pangsapuri itu jatuh mengenai beberapa kenderaan di parkir berhadapan bangunan berkenaan.

Pancutan air itu kemudian surut kira-kira dua minit selepas itu dan orang ramai dilihat berkumpul di kawasan tersebut sejurus ia keadaan kembali reda.

Posted by Al Faid Barakah HQ on Thursday, October 27, 2022

 

6 kereta rosak akibat tragedi ‘air terjun’

Menurut Bernama, kejadian tersebut mengakibatkan 6 buah kenderaan rosak teruk dengan cermin hadapan mereka pecah dan bahagian bonet yang kemek.

Sementara itu, ketika artikel ini ditulis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Fobia dengar bunyi tangki pecah”

Perkongsian video tersebut di Facebook telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang berasa gerun melihat kejadian tersebut berlaku.

Ada di antara netizen juga berkongsi pengalaman pernah berhadapan dengan situasi yang sama berlaku pada tahun 2016 dan memilih untuk berpindah kerana fobia mendengar bunyi tangki air pecah.

image is not available

Apa-apapun kita doakan semoga penduduk di kawasan berkenaan bertabahlah dengan apa yang berlaku. Kesian pemilik-pemilik kereta yang rosak tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.