(VIDEO) “Tuan Kedai Mana??” – Lelaki Terkejut Nampak Tikus Besar ‘Ratah’ Ayam Goreng Ketika Makan Di Restoran

23 Dec 2022 • 3:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Zoey Hanafiah yang telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan terkejut apabila melihat seekor tikus bersaiz besar sedang menikmati juadah ayam goreng yang dijamu oleh pihak restoran.

Malah, apa yang lebih meloyakan tekak apabila jejaka itu hanya menyedari perkara tersebut selepas hampir sudah menghabiskan makanan yang dihidangkan di restoran tersebut.

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap kadar kebersihan restoran berkenaan yang boleh menjejaskan kesihatan pelanggan.

image is not available

Malah, video berdurasi 17 saat itu turut mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminta jejaka berkenaan untuk berkongsi maklumat tentang lokasi kejadian untuk mengambil tindakan lanjut dengan kadar segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Dah Lah Main Serbu Je!" - 40 Tahun Duduk Atas Tanah TOL, Keluarga Sedih Rumah Diroboh Tanpa Notis