Video Tular Isu Bacaan Doa: JAWI Jalankan Siasatan Lanjut

LocalPolitics
23 Aug 2023 • 9:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Video Tular Isu Bacaan Doa: JAWI Jalankan Siasatan Lanjut

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.

JAWI dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu dilakukan bagi memastikan amalan tersebut tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa yang sedang berkuat kuasa.

“Sebarang kesalahan yang berhubung akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 599, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” menurut kenyataan itu.

Insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menurut JAWI, keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam namun semua pihak dinasihat agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan dilaksana mengikut lunas hukum syarak.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved