[VIDEO] Tular Pelajar Sekolah Di Sabah Terpaksa Panjat Paip Lintas Sungai Deras

29 Jul 2022 • 10:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa pula tindakan ‘orang-orang besar’?

[VIDEO] Tular Pelajar Sekolah Di Sabah Terpaksa Panjat Paip Lintas Sungai Deras. Tatkala gaji menteri dinaikkan sehingga 40%, fasiliti di Sabah masih kelihatan teruk dan boleh dikatakan masih tiada perubahan.

Katanya, kenaikan gaji tersebut bakal disalurkan kembali kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Ketua Menteri Sabah pula memberitahu bahawa langkah kenaikan saraan itu ‘tidak terlalu berat’, sebaliknya HANYA memakan jumlah RM5.6 juta setahun.

image is not available
[VIDEO] Tular Pelajar Sekolah Di Sabah Terpaksa Panjat Paip Lintas Sungai Deras. Tangkapan layar dari Twitter @luqmanlong

Sedih bila lihat pelajar-pelajar ini sanggup bergadai nyawa untuk menyeberang sungai

Meskipun kita sentiasa menunjukkan kebanggaan bahawa negara Malaysia sudah maju, masih terdapat kes antaranya kanak-kanak mengalami kesukaran untuk pergi ke sekolah, seolah-olah masa tidak berubah langsung.

Telah tular sebuah video di laman Twitter milik akaun @luqmanlong, di mana pelajar-pelajar ini terpaksa panjat paip untuk melintas sungai yang mengalir dengan deras.Video tersebut menunjukkan beberapa pelajar terpaksa panjat paip tanpa menggunakan apa-apa alat keselamatan pada badan mereka.

image is not available
Tangkapan layar dari Twitter @luqmanlong

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Kampung Mansiang Baru, Sabah.

Sungguh sayu apabila melihat pada usia mereka terpaksa memikirkan alternatif untuk menyeberang dengan keadaan air sungai yang mengalir dengan deras.

Walaupun perbuatan pelajar-pelajar ini membahayakan nyawa mereka, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk menyeberang sungai tersebut.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen dan mula menimbulkan pelbagai soalan berkenaan dengan fasiliti dan infrastruktur di Sabah yang masih tidak menunjukkan sedikit perubahan. Lihat komen di bawah:

image is not available
[VIDEO] Tular Pelajar Sekolah Di Sabah Terpaksa Panjat Paip Lintas Sungai Deras

image is not available
[VIDEO] Tular Pelajar Sekolah Di Sabah Terpaksa Panjat Paip Lintas Sungai Deras

Lagi isu berkenaan dengan fasiliti dan infrastruktur di Sabah yang tidak berubah hingga sekarang, menyebabkan pelajar terpaksa bergadai nyawa. Baca di pautan bawah: